"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Monday, 26 November 2012

Melaka Cruise di Siang Hari

Sempena cuti Hari Deepavali yang lalu , saya telah melawat(melawat????macam pelik je frasa ni) ke negeri Melaka. Tempat pertama yang di tuju tentulah Zoo Melaka. walaupun dah berusia hampir 3 dekad, baru 2 kali sebenarnya saya pergi Zoo Melaka. Kali pertama masa unur 6 tahun bersama rombongan sekolah Tadika Kemas, walaupun saya bersekolah menengah atas di Sek Teknik Bukit Piatu.
Tak mahal juga bayaran masuk ke zoo. Bagi orang dewasa  RM10/entry. Kanak-kanak pula RM 5/ entry. Dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas  boleh dapat separuh harga tau. Tunjuk aje kad pengenalan. Berbanding dengan Zoo Johor, Zoo Melaka is much better than Zoo Johor.
Tapi kali ni saya nak kongsi sedikit gambar ketika menaiki 'Melaka Cruise'. Melaka Cruise ni merupakan tarikan terbaru bagi negeri Melaka. Telah beroperasi kira-kira 3 tahun yang lalu.
Bayaran menaiki Melaka Cruise ni RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau naik malam hari lagi cantik pemandangan sebab lampu kat sepanjang sungai tu memang merelip la orang kata lagi-lagi kat Kampung Morten tu.
Untuk info, ada 2 jeti naik, Kitorang duk terpusing-pusing cari entrance yang pernah guna sebelum ni. Rupa-rupanya kat depan dataran berhampiran kapal besar tu ada jugak tempat nak naik bot.
Jom la kita layan gambar sepanjang dari Jeti 1 ke Jeti 2. Cakap lebih-lebih pun orang memang dah tau keindahan Melaka.
Gambar ni lain dari yang lain sebab semasa lawatan saya 2 tahun yang lalu, belum di cat begini.

:gambar orang melayu yang lama(sangat menyentuh hati)

:kuih bahulu tu kan????

:kuih bulan??????

:nampak macam english style kan? siapa sangka lot kedai biasa akhirnya bertukar ke kafe dan bajet hotel yang cantik di sepanjang sungai ni.

:restoren cheng ho ni restoren amy search tu ke?

: Jeti No 1 -berhampiran muzium kapal tu.



:apakah ini? tapi ni la turning point kalau naik dr jeti no 2


:Kg Morten di sebelah kiri. Betulkah kerajaan negeri Melaka support bayaran bill elektrik penduduk sepanjang sungai ni?

:ada monorail, jangan tak sangka.tapi di sebahagian sungai ni je la.

:Jeti No 2, tempat kitorang naik.

Site visit : Kg Tg Surat

Lawatan tapak ni dah lama. sebulan lepas rasanya. kampung ni terletak berhampiran Feri Tg Belungkor. Kawasan Parlimen YB Dato Azalina kalau tak silap. Dah banyak kali juga sebenarnya ke sini cuma tak pernah ambil gambar. Rasa ni macam kali terakhir site visit ke sini sebab tu terasa nak abadikan kat blog ni.

:jeti di kg tg surat

:tepi jeti 


masa kali pertama site visit kat sini awal awal lagi member dah bagitau, tempat ni kena naik bot. ingatkan jauh .sekali sampai............. jarak dari Kg Tg Surat ni ke tanah besar , kalau dalam google earth(hahhaahah) dalam 300 meter ke 400 meter. Tiada jambatan. tak de okeh.
Tak tau la kenapa sampai tak terbina nya jambatan kat kampung ni. Orang-orang kampung beritahu memang banyak orang dah berhijrah ke luar. Kalau nak ke tanah besar memang kena naik bot "cata'", Carter la dalam omputeh nya. seringgit sekali perjalanan. Penduduk kampung tu memang tinggal je motorsikal dan kenderaan mereka kat jeti pulau tu sebab mereka kata boleh jamin 100% takkan ada orang curi. Yelah, kalau curi nak bawa keluar dari pulau tu nak naik bot apa..hahhahahah