Hari ni saya masak nasi ayam penyet, Saya suka makan ayam penyet sebab rasa sambal tu memang superb sangat. Sambal ayam penyet ni bukan sambal belacan biasa tau. Kalau awak-awak semua makan ayam penyet yang di hidangkan dengan sambal belacan biasa, maknanya awak makan ayam sambal belacan....hahahha. Bukan sambal ayam penyet la.. tokey kedai tu ngengada nak juga jual ayam penyet yang memang tengah in sekarang ni.
Resepi ni sangat mudah. Saya bukan full time house wife jadi konfem le saya akan kongsikan satu perkara tu yang mudah dan cepat disediakan bagi ibu-ibu berkerjaya.
Bahan-bahan bagi sambal ayam penyet :-
1) Cili merah 10 biji
2) Cili padi 5 biji ( kalau suka pedas letak lebih ye)
3) bawang merah 5 biji
4) ikan bilis 1 genggam ( ni kalau nak rasa lemak ikan lebih, bubuh le banyak sikit)
5) Belacan ( agak- agak sebesar duit 50 sen tu ha)
6) Tomata 2 - 3 biji
7) 1 sudu gula merah
Cara nak buat sambal ayam penyet:-
1) Gorengkan ikan bilis dan belacan. Angkat dan asingkan.
2) Gorengkan bawang, cili padi dan cili merah. Bawang tu lebih elok di potong. tak nipis pun tak pe.
3) Kalau bahan - bahan tadi dah layu, masukkan tomato yang dah di potong dadu. gaul rata.
4) Bila tomato dah mula layu, angkat semua.
5) Kisar semua bahan.
6) Dah halus semua bahan, masak balik semua atas api dan boleh letak gula merah.
7) Kalau tak de gula merah boleh letak gula pasir biasa. tapi rasa nya tak superb sangat macam gula merah la. Kuantiti gula ni bergantung pada lidah anda la (hahahah). Kalau suka manis sikit, letak lebih. Tapi kalau dah manis, macam bukan sambal pulak kan?
8) Tada...............siap boleh makan..nyam ....nyam..
Ni sedikit petua dari kawan saya yang memang kaki masak. Kalau nak buat ayam penyet tu, ayam nye belah 4 je. Rebus dalam 5-10 minit. Angkat dan ketuk-ketuk skit kat bahagian daging, tulang. Gaul dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng. Lepas goreng baru potong kecik-kecik.
Kenapa kita ketuk lepas rebus baru goreng? sebab tu yang buat daging ayam tu rasa rangup sebab daging nya dah hancur skit-skit.
Cuba la...Ayam penyet dan sambal ayam penyet ni sedap tau. Lepas tu sambal tu awak boleh simpan dalam peti sejuk kalau tak abis. Nak makan, panaskan aje...
"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"
Sunday, 30 December 2012
D.I.Y : Sambal Ayam Penyet
Kita Yang Takut dengan Pencuri???
Beberapa hari yang lalu, masa balik dari kerja, hujan renyai-renyai la. Lepas amik si kecik 2 orang ni, terus bergegas nak balik. Tiba-tiba nampak 2 orang manusia ni tengah panjat pokok pelam orang dan amik pelam tu.
Amik tu consider curik la kan. saya berani cakap curi sebab beberapa hari sebelum ni babysitter anak-anak ada cakap yang pelam depan rumah dia abis di petik orang. hmmm.. macam ni punya manusia pun ada kan?
Sebulan yang lepas pun, di rumah sendiri berlaku kejadian sedih, Motor suami yang baru mencapai jangka hayat 8 bulan ( seusia dengan little tulip tu) di curi orang. Sedih, Bangun nak pergi kerja, tengok tinggal helmet je kat garaj tu.
Pencuri tu potong pagar hijau tepi rumah. Elok je diorg angkut motor tu sampai kami tak dengar apa-apa. Perasaan? Susah nak cakap sebab benda tak sangka. Apapun kami sekeluarga bersyukur sebab dia tak apa-apakan kami atau masuk dalam ruamh.
Beberapa ketika selepas tu, ada 2 buah rumah lagi yang kena. salah sebuah rumah tu di masuki pencuri waktu tengah malam ketika tuan rumah tengah tidur.
Masa kejadian ini berlaku pada keluarga kami, perasaan marah memang ada, Sampaikan rasa nak tempah bunting dan tulis "KEPADA SESIAPA YANG MENCURI MOTOR KAMI, KAMI DOAKAN KAMU MATI DALAM KEADAAN YANG PALING MEMALUKAN" dan tampal depan pagar rumah.
Apa yang saya ingin tekankan di sini bila kejadian macam ni berlaku, kita nak buat apa pun tak boleh. Kita hanya mampu bersabar, bersabar dan bersabar. Secara lawaknya apabila saya menyatakan hasrat nak pasang bunting , ramai yang menegur mengatakan tak baik buat macam tu, patut bersyukur sebab kita selamat.
Apakah hak kita sebagai mangsa keadaan? Kalau kita buat sesuatu orang kata nanti orang tu datang balik dan buat lagi teruk dari dahulu. dari dia cuma ambil harta kita, mungkin lepas ni dia datang amik nyawa dan maruah kita. Kita yang takut dengan pencuri ke? Kenapa perlu kita takut dengan pencuri?
entahlah, susah saya nk nyatakan. sedikit sebanyak saya rasa terkilan dengan tanggapan begitu. Kerana apa yang saya rasakan selepas kejadian itu, rasa tidak selamat, rasa trauma sampai satu ketika saya rasa nak tidur malam pun takut. Perasaan takut, perasaan rasa ada orang nak ceroboh rumah kita memang tak boleh buang. Mana nak ganti perasaan tu? Rasa tidak selamat dan takut di rumah sendiri. Memang saya teringat pada coretan Wardina dalam blog nya ketika rumahnya di masuki pencuri.
Ya Allah, lindungi lah keluarga kami.

Saturday, 29 December 2012
DIY : Jahit Cadar Single Fitted
Hari ni saya rasa nak kongsi pada sesiapa yang ada baca blog ni (terutama perempuan la) cara nak jahit cadar single fitted.. maksud single fiteed tu cadar untuk katil bujang yang ada getah,
ni contoh saya buat untuk my little son. beli kain(hahahhaha,,,).
kain angry biard yang saya pilih ni jenis bidang besar. yang bidang besar ni boleh muat untuk katil queen tu ha. beli 2 1/4 meter je dah cukup.
basic ukuran -> 46 inc x 91 inc (macam kat bawah ni...sila abaikan kucing yang selamber je dia baring kat cadar saya nih). ukuran ni sama je untuk semua jenis cadar single fitted.
kat gambar atas ada nampak kan kain di potong? kain ni kena potong kat hujung nya 5 inc x 5 inc.
pastu cantumkan kedua-dua hujung yang di potong tadi, kemudian jahit!
kelim keliling cadar tu..sebelum terlupa, kena la jahit getah kat tempat yang kita potong tadi. Saya guna 10 inc panjang getah. so , fitted la sikit.
Lepas ni saya akan cerita pulak macam mana nak jahit nursing cover. saya buat simple je pakai pashmina. next time ye. Kalau dah berjaya jahit cadar single fitted ni, jangan lupa bgtau saya ye..
Wednesday, 12 December 2012
Kejadian Yang Selalu Kita Lihat Ketika Jalan 'Jammed'
Minggu lepas saya ada kursus 3 hari di Kulaijaya. Jadi 3 hari menempuh perjalanan yang jauh. Minggu ni pula 2 hari ke Kempas untuk taklimat tentang pelaksaan prosedur kerja yang baru. Bila menempuh perjalanan yang jauh, macam macam ragam pemandu kenderaan dan orang-orang sekeliling kita dapt lihat kan.
Kali ni saya nak kongsi tentang ragam manusia ni kalau jalan jammed.
:tensen je bila masuk susur dah nampak kete berderet kat depan!
1) Masa ni la kereta yang bukan 4wheel drive pun laju je lalu kat emergency lane yang kadang-kadang2 berlubang.
2) akan jumpa pemandu yang dah la jalan jam, dia boleh pulak leka dan bawa kete slow sangat sampai kereta dari lorong lain himpit masuk lorong kita.
3) kalau yang bawa motor, memang akan bunyikan hon motor bertalu-talu. Sebagai isyarat kot -> jangan kau mengada-ngada nak tukar lorong wahai kereta. tak nampak ke aku bawa motor kat tengah lorong ni ha?? hahhahah..
4) ni paling kelakar kot bagi saya(sebab saya akan ketawa sorang-sorang dalam kereta tau). kalau jalan 2 atau 3 lane jadi 1 lane, kereta akan berpusu-pusu kan nak masuk 1 lorong tu. kalau perasan la akan ada kereta tu memang dia tak bagi kita 'cilok' masuk.siap terus tekan minyak kuat-kuat. diorang tak paham konsep zig zag ke saya yang tak paham???? kan ke kalau dah lorong lain tutup kena la bagi zig zag kenderaan lorong lain tu masukkan kan? tak paham..tak paham dengan orang macam ni.
:kereta waja ni memang tak bagi langsung kenderaan lain masuk..hahhah..memang saya ketawa sampai keluar air mata td sebab saya kesian pada orang yang punya mentaliti 'ah, kau lambat kau belakang'.
:dah tau dah kenapa jam ( kes minggu lepas di skudai)
Monday, 26 November 2012
Melaka Cruise di Siang Hari
Sempena cuti Hari Deepavali yang lalu , saya telah melawat(melawat????macam pelik je frasa ni) ke negeri Melaka. Tempat pertama yang di tuju tentulah Zoo Melaka. walaupun dah berusia hampir 3 dekad, baru 2 kali sebenarnya saya pergi Zoo Melaka. Kali pertama masa unur 6 tahun bersama rombongan sekolah Tadika Kemas, walaupun saya bersekolah menengah atas di Sek Teknik Bukit Piatu.
Tak mahal juga bayaran masuk ke zoo. Bagi orang dewasa RM10/entry. Kanak-kanak pula RM 5/ entry. Dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh dapat separuh harga tau. Tunjuk aje kad pengenalan. Berbanding dengan Zoo Johor, Zoo Melaka is much better than Zoo Johor.
Tapi kali ni saya nak kongsi sedikit gambar ketika menaiki 'Melaka Cruise'. Melaka Cruise ni merupakan tarikan terbaru bagi negeri Melaka. Telah beroperasi kira-kira 3 tahun yang lalu.
Bayaran menaiki Melaka Cruise ni RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau naik malam hari lagi cantik pemandangan sebab lampu kat sepanjang sungai tu memang merelip la orang kata lagi-lagi kat Kampung Morten tu.
Untuk info, ada 2 jeti naik, Kitorang duk terpusing-pusing cari entrance yang pernah guna sebelum ni. Rupa-rupanya kat depan dataran berhampiran kapal besar tu ada jugak tempat nak naik bot.
Jom la kita layan gambar sepanjang dari Jeti 1 ke Jeti 2. Cakap lebih-lebih pun orang memang dah tau keindahan Melaka.
Gambar ni lain dari yang lain sebab semasa lawatan saya 2 tahun yang lalu, belum di cat begini.

:gambar orang melayu yang lama(sangat menyentuh hati)
:kuih bahulu tu kan????
:kuih bulan??????
:nampak macam english style kan? siapa sangka lot kedai biasa akhirnya bertukar ke kafe dan bajet hotel yang cantik di sepanjang sungai ni.
:restoren cheng ho ni restoren amy search tu ke?
: Jeti No 1 -berhampiran muzium kapal tu.
:apakah ini? tapi ni la turning point kalau naik dr jeti no 2
:Kg Morten di sebelah kiri. Betulkah kerajaan negeri Melaka support bayaran bill elektrik penduduk sepanjang sungai ni?
:ada monorail, jangan tak sangka.tapi di sebahagian sungai ni je la.
:Jeti No 2, tempat kitorang naik.
Site visit : Kg Tg Surat
Lawatan tapak ni dah lama. sebulan lepas rasanya. kampung ni terletak berhampiran Feri Tg Belungkor. Kawasan Parlimen YB Dato Azalina kalau tak silap. Dah banyak kali juga sebenarnya ke sini cuma tak pernah ambil gambar. Rasa ni macam kali terakhir site visit ke sini sebab tu terasa nak abadikan kat blog ni.
masa kali pertama site visit kat sini awal awal lagi member dah bagitau, tempat ni kena naik bot. ingatkan jauh .sekali sampai............. jarak dari Kg Tg Surat ni ke tanah besar , kalau dalam google earth(hahhaahah) dalam 300 meter ke 400 meter. Tiada jambatan. tak de okeh.
Tak tau la kenapa sampai tak terbina nya jambatan kat kampung ni. Orang-orang kampung beritahu memang banyak orang dah berhijrah ke luar. Kalau nak ke tanah besar memang kena naik bot "cata'", Carter la dalam omputeh nya. seringgit sekali perjalanan. Penduduk kampung tu memang tinggal je motorsikal dan kenderaan mereka kat jeti pulau tu sebab mereka kata boleh jamin 100% takkan ada orang curi. Yelah, kalau curi nak bawa keluar dari pulau tu nak naik bot apa..hahhahahah
:jeti di kg tg surat
:tepi jeti

Tuesday, 30 October 2012
Panggilan Telefon yang Menyakitkan Hati dari TM
2 minggu lepas, saya dapat panggilan rasmi (????) dari wakil Telekom Malaysia. Dia menyatakan saya ada bill tertunggak sejak sekian lama. Dari akaun internet. Dulu kan orang pakai internet yang dial-up tu. Pakai line sama dengan telefon rumah. Tu kes masa masa baru abis belajar dulu. Lebih kurang 7 tahun lepas.
Bila tiba-tiba orang TM call cakap saya ada bayaran tertunggak, memang la saya pening.Bila pulak? Yang ada kat rumah abah tu dah lama dah terminate sejak saya bawa komputer tu ke kampus masa semester akhir. Banyak kali juga diorang telefon. Memang nak jadi cerita , minggu-minggu tersebut memang minggu yang pening( tu sampai keluar entry Pengurusan Stress hahhaha).
Kali terakhir dapat panggilan telefon dari wakil TM , saya memang sangat sakit hati okeh. Hutang saya dengan TM tu dalam RM 70 ke RM 80 .But the way he speak to me is too much ok.
Saya tanya terus di mana kaunter/pejabat/one stop centre TM yang terdekat dengan tempat saya tinggal. Sebab saya nak pergi la terus. Asyik call banyak kali macam saya lari hutang. Dan En Yusof Yang Budiman ( yess....saya saja tulis nama dia sebab saya tau blog saya ni tak glamour mana..hahah) cakap pada saya, " itu saya tak tahu lah, bukan kat tempat saya, awak cari sendiri"
Kemudian dia siap pesan, nanti dah buat termination fax kan surat tu dengan perkataan 'Attention to Mr Yusof'. Maklum la dia kata staff dia ramai.
Gosh, manusia berlagak dari zaman mana dia ni? Dia ingat saya keje pencuci tandas ke? Macam dia sorang je ada anak buah, ada staff bawahan. Dan kalau saya ni pencuci tandas pun, bukankah semua manusia ni perlu di hormati????
Saya rasa dalam zaman sekarang ni semakin ramai manusia yang berlagak dengan pangkat yang tak tera mana. Kita bercakap kat telefon tak nampak muka, tak tau orang tu kerja apa, pendidikan setakat mana, jadi adalah lebih baik kita tak meninggi diri. Buat malu je, kita terlebih -lebih sedangkan orang tu lagi hebat dari kita.
Memang saya marah. Sebab saya rasa dia sangat-sangat berlagak. Kalau pengurusan TM tahu, tolong ajar staff TM adab sopan Lebih-lebih lagi yang 'front desk'. Memalukan. Sekarang ni banyak lagi syarikat lain yang tawarkan perkhidmatan yang jauh lagi baik dari TM. Kalau staff TM tak tahu adab sopan, lagi bosan la pelanggan dan pengguna.
Sampai sekarang saya belum uruskan lagi. Bukan saya sengaja, tapi memang tak sempat. Nak cari pejabat TM lagi. adoiiii.. Masalah nya yang saya jumpa pejabat TM tu yang tu urusan teknikal, yang uruskan penutupan akaun kat mana ye?????Aduh..sengsara hidup ni kena kejar dari telefon.
*Ini adalah pandangan peribadi saya yang mana tidak mencerminkan keseluruhan pengurusan TM.Saya berharap pihak pengurusan TM boleh melabur sedikit untuk menghantar staff front desk ke taklimat atau kursus yang dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan TM.

Thursday, 25 October 2012
AidilAdha, Apa Maknanya?
Selamat hari raya AidilAdha. esok raya korban. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman.
Waktu-waktu begini lah kita dapat berjumpa dengan saudara mara dan kenalan lama. Tak kisah la samada raya puasa atau raya haji, memang syahdu rasanya kalau terpaksa berhari raya tanpa mak ayah dan kaum keluarga. Kadang-kadang tuntutan masa dan kerja melebihi tuntutan berhari raya.
Bagi saya, ketupat atau rendang tak penting pada pagi raya. Kalau dapat balik kampung jumpa mak ayah, itu dah lebih dari cukup. Ada atau tidak ketupat bukan perkara utama. Dapat salam , cium tangan mak ayah lagi penting.
Sebab juadah raya tu, bila-bila masa boleh makan. Tapi mak ayah, kalau tiba-tiba Tuhan ambil mereka, raya tahun-tahun berikutnya dah tak sama lagi. Tak dapat salam tangan mereka, tak dapat peluk cium mereka.
Alhamdullilah, sehingga kini saya masih punya mak ayah. Semakin saya berusia, semakin sayu perasaan saya setiap kali hari raya. Saya selalu takut kehilangan mereka, takut Tuhan ambil mereka.
Jadi apakah maknanya AidilAdha pada kita semua? Ketupat, rendang, lemang? Atau korban itu maknanya pengorbanan kita untuk mak ayah kita, untuk saudara seagama kita? atau apa maknanya?

Friday, 19 October 2012
Jadilah Manusia yang Bertimbangrasa
Mengapa saya katakan begitu? Kisah ini trejadi bulan september hari tu. Oleh kerana suami ada di rumah maka saya mengambil keputusan untk makan tengahhari di rumah. Lauknya dah siap saya masak pagi-pagi lepas Subuh. Bila saya sampai depan pagar rumah saya dengar bunyi raungan kecil dan saya memang sangat-sangat pasti itu bukan 4 ekor miau-miau ( bak kata tulip boy yang tak tahu panggil kucing lagi).
La, Tengok-tengok ada anak anjing tersepit tepi almari barang-barang hardware saya kat garaj kereta. Sangat kasihan. Saya dan suami cuba nak tarik perhatian dia keluar tapi memamg tak boleh. Agaknya dalam hati anak anjing tu "macam mana saya nak keluar tuan rumah? badan tersepit ni.".hehehhe...
Panggil jiran selang 5 pintu yang berbangsa Iban, dia takut anjing pulak. Suami suruh saya tarik almari tu. Saya??? Oh tidak..... Dia la...dia kan lelaki...
Tapi sebab dah kesian tengok dia meraung-raung, tarik almari perlahan-lahan, baru boleh anak anjing tu keluar. Tengok tepi badan dia ada kesan calar. Pastu anjing tu tak nak keluar dari garaj saya. Sekali lagi Oh Tidak!!!!!!!!!!! Dia kejar makanan miau-miau saya.. Lapar rupanya. Bila dah makan, lagi la tak nak keluar kan.
Akhirnya terpaksa la saya panggil skuad tambahan dari pejabat. Salah seorang boss saya berbangsa Cina. Thank U Mr S..hikhik.. Sebelum boss sampai saya bagi anak anjing tu makan kenyang kenyang. Saya cuma cakap dalam hati, makan la kenyang-kenyang. Mak kau tak ade. Lepas ni pandai-pandai la nak hidup. Aku tak boleh bela kau.
Suami cakap, rumah dah bau binatang ni, anak anjing pun datang mintak makan ye..hahahha.. Memang selalu pun kucing-kucing lain tumpang makan. Tapi kucing kan. saya biar jek la. Apa la jadi kat anak anjing tu sekarang.
Bila kita jumpa haiwan-haiwan terbiar ni, jangan la kita bersikap kejam. Ada manusia ni, kucing pun dia benci. Busuk katanya. Dunia ni Allah pinjamkan pada kita untuk kita tadbir sebaiknya. Maka kalau kita punya kelebihan maka berkongsi la sedikit dengan orang lain ataupun dengan makhluk Allah yang lain. Kalau nampak peminta sedekah ataupun orang minta derma yang kita tak tahu betul atau tidak, sekurang-kurangnya jangan berkata kasar. Cakap elok-elok bahawa kita tak nak. Macam tu jugak dengan binatang. Jangan sepak, tendang dan buang sesuka hati. Kan setiap rezeki yang kita dapat, memamg telah tertulis sebahagian kecil dari nye untuk di kongsi dengan yang lain?

Pengurusan Stress
Minggu yang memenatkan. Sangat penat my dear. Minggu lepas hilang 3 hari dari pejabat(termasuk kiraan cuti travelling day), maka in tray yang dah memang setimbun dah jadi 2 timbun.
Saya yang masih merangkak-rangkak siapkan proposal berkejar kejaran nak siapkan kerja. Bulan lepas punya la lapang sebab proposal yang masuk tu ada yang tak lengkap data, tak ada pelan, tak ada skala. Bulan ni? sekali datang ....wa......pitam mak..heheheh
dan tiba tiba pagi rabu hari tu mak call bagitau dia dan abah, kedua-duanya tak boleh bangun. Macam kena pusing kepala la. Saya dah la memang jenis kelam kabut.kelam kelibut, kelam apa apa lagi lah yang sewaktu dengan nya. Dan natijahnya, sewaktu mesyuarat bahagian, saya nangis. Sebab saya sangat stress -> badan penat asyik berkerja buat lawatan tapak, siapkan proposal, kerja kerja rumah, dapat mak abah tak sihat, dan kena bambu(bukan buluh bamboo tu okey...hehehhe) masa meeting.
4 tahun bekerja di syarikat ni, saya tak pernah menangis walaupun saya kena lagi teruk dari ini. Bagi saya menangis semasa mesyuarat adalah memalukan dan menjatuhkan ego saya.
Apa yang berlaku mengingatkan saya pada taklimat stress yang saya hadiri di PJ minggu lepas. Di sini saya kongsikan beberapa tips dan sedikit nasihat dari En Zainorin Ali ( penceramah jemputan)
Dalam hidup ini ada 2 jenis stress. Pertamanya Stress di tempat kerja dan kedua Stress sosial. Antara punca stress ialah apabila kita mengjadapi keadaan berikut -> hilang upaya kerana penyakit dan kecederaan, hilang kepercayaan boss, masalah disiplin, masalah kekeluargaan seperti dalam proses penceraian dan hidup berasingan, kematian pasangan ataupun ahli keluarga terdekat, masalah kesihatan ahli keluarga, masalah kewangan dan beberapa lagi yang saya sudah ingat-ingat lupa( asyik lupa..apa yang kamu ingat wahai tulip???)
Bila dalam keadaan-keadaan tersebut, adalah sanagt penting sokongan orang di sekeliling kita dan cara kita sendiri menguruskan stress tersebut. Mendapat bantuan pakar adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah stress. Pakar yang di maksudkan di sini seperti pakar psikiatri. Bukan bernaksud kita gila. Mentaliti masyarakat Malaysia menganggap berjumpa pakar psikiatri menunjukkan org tersebut mempunyai masalah mental. Sebenarnya tidak!
Bila berjumpa dengan orang yang sepatut nya walaupun tidak di deskripsi dengan sebarang ubat, namun sessi bual bicara tu sedikit sebanyak dapat membantu melegakan beban di kepala.
paling penting " STRESS ADALAH SESUATU YANG PERLU DI URUSKAN BUKAN DI HAPUSKAN".
Dalam konteks saya, takkan la saya nak jumpa psikiatri kan? So jalan terbaik adalah menguruskan stress tersebut adalah dengan Saya membuka sedikit ruang dalam diri saya untuk bercerita tentang perkara-perkara yang merunsingkan saya(termasuk beberapa perkara yang amat sensitif untuk saya nyatakan di ruangan ini) kepada beberapa org rakan yang amat amat saya percayai. Dan sedikit nasihat dari mereka membantu saya membuat keputusan yang betul. Sebab saya rasa kalau saya tidak menguruskan perkara ini, saya perlu menghapuskan punca stress tersebut. Takkan la saya nak hapuskan boss saya..hahahahha..bukan daun yang boleh di buang-buang...
Sebab tu sebahagian orang yang tidak menguruskan stress dengan betul akhirnya mengambil tindakan luar jangkaan seperti membunuh diri ( untuk orang Islam, jangan di lakukan....), membunuh orang lain(menghapuskan punca stress???hehhehe), berhenti kerja 24 jam ataupun paling tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang negara dan syarikat.
Dalam hidup ini, memang akan ada masalah sentiasa. Cuma ada ketika nya, bila masalah datang bertimpa-timpa, itu yang menyebabkan kita mengalami stress yang melampau. Tangani stress dengan cara yang paling bijak dan dapatkan la bantuan sekiranye perlu.
pssss-> ketika menulis entry ini saya terpaksa bersengkang mata menjaga little tulip yang tiba-tiba demam.Tuam@jerlum badan little tulip sambil menaip entry. Esok ada lawatan tapak di nun di hujung dunia, Pengerang. ehheheheh..Ini semua dugaan, mak abah ada di sini masih tak sihat. Anak demam. Semoga dugaan ini memberikan satu kesan positif dalam hidup saya. Dan minggu depan saya ada course di Kajang selama 3 hari. Itu juga antara punca stress saya sebab saya bertungkus lumus siapkan proposal urgent sebelum ke Kajang minggu hadapan. Hotel pun sampai lupa nak book. Residence Hotel , please reserve 1 room for me. hehehhe

Saturday, 13 October 2012
Pengalaman Menaiki Penerbangan MAS dr JHB ke KUL
Kali pertama naik kapal terbang...hmmmm..sangat mengujakan..hahaha..ketawa sebab rasa macam si jakun.lebih kurang la.pagi tu bertolak dari rumah pukul 5.30 pagi (setelah berpeluk-peluk nak meninggalkan little tulip & tulip boy kat rumah pengasuh). Sampai je di Open Car Park, dah 'spoiled' mood. Palang parking tak terangkat!!!!! Gosh, sangat geram dan saya kan kelam kabut.kali pertama katakan.masa tu baru pukul 6.05 pagi.dekat 15 minit jugak tunggu adik metro parking datang menyelamatkan keadaan.
Lepas parking kereta saya terus ke kaunter check in .kaunter ni kalau kamu masuk dari pintu yang sebelah kiri ada kedai diamond, terus je melangkaui pejabat mas kat sebelah kiri tu.ada tempat check in beg.
Pergi ke kaunter, bagi kad pengenalan dan cik adik manis kat kaunter akan cetak boarding pass. Dan saya nampak okeh yang cik adik manis tu macam nak ketawa bila saya kata " this is my 1st time with MAS"..hahahahha.... Tak payah tunjuk pun e-ticket tu rupanya.
Kalau sesiapa yang beli tiket 2 hala, boleh je ambil sekali boarding pass untuk perjalanan balik. Jadi nanti kat KLIA tak perlu check in lagi..Mudah dan cepat.
Keluar dari kaunter check in pergi ke sebelah kiri , akan nampak tempat untuk ke balai menunggu. Bagi je boarding pass tu pada pegawai yang bertugas. Jangan lupa letak semua barang-barang dalam tempat scanning termasuk handphone. Selesai dan terus ikut je papan tanda arah dan pastikan gate mana untuk kita pergi. Kalau kat Senai Airport , tak de istilah A, B ,C dan seterus nya. Cuma akan tulis G1, G2, G3........... Tunggu la kat kerusi tu sampai ada pengumuman untuk menaiki kapal.Kalau terlebih rajin, tunggu betul-betul sebelah kaunter tu.confirm orang akan tau yang kita ni kali pertama.hahhah..Berbeza dengan KLIA sebab di KLIA menggunakan sistem ABCD dan juga nombor macam A1, A2...
Bila dah ada atas kapal tu, jangan salah duduk..tengok nombor tempat duduk dan sila tengok betul betul kedudukan kerusi, samada tepi tingkap atau tepi laluan. Tapi sampai sekarang ni, saya takut salah duduk je. sebab saya tengok uncle korporat(heheheh) sebelah saya ni asyik jeling-jeling saya dengan tengok tiket dia. Pakai tali pinggang keselamatan. Dan selamat berlepas.
Bila dah sampai kat KLIA nanti, satu hal lagi nak cari pintu keluar. Jauh kemain. Ikut je papan tanda tulis Balai Ketibaan/ Arrival Hall. Terus cari Limo ke Petaling Jaya. Dari KLIA - PJ bayarannya RM 64.20. Bagi orang yang kali pertama naik flight ni, lagi senang naik Limo je.Memang mahal sikit tapi bagi saya sangat berbaloi.
cerita kelakar skit-> Bila dah selamat mendarat di KLIA dengan bengang nya saya tanya pada uncle korporat tu macam mana nak tanggalkan tali pinggang keselamatan tu..hahahha.sangat memalukan okeh.serius tak tau nak letak muka mana. Selalu seat belt keretakan kita tekan.tapi rupanya kalau dalam flight ni kena tarik besi tu 180darjah ye nak bagi boleh tanggal..hahahha..ketawa lagi kalau ingat.
Special thanks to -> Bro Ari (Pemandu LIMO Airport) sebab bawa saya jalan jalan ke Putrajaya dan sempat saya rakam beberapa keping gambar. Nanti saya kongsikan di entri yang lain. Dan bro ari mmg 1st class la.sapa sapa yang nak guna perkhimatan dia,boleh la PM saya.nanti saya bagi no contact dia.
Sunday, 7 October 2012
Pengalaman Pertama Kali Menempah Tiket MAS Secara Online?
Memikirkan masa perjalanan antara JB ke Petaling Jaya memakan masa hampir 4 jam membuatkan saya memilih untuk 'terbang' kali ini. Ya, 4 jam untuk saya yang tidak berapa mahir dengan keadaan jalan selepas susur keluar Tol Sg Besi.
tunjuk e-ticket ni je ke?????????????
Taklimat berkaitan kerja cuma sehari dan memang tak berbaloi kepenatan saya nak bawa kereta seorang diri seawal jam 4 pagi. Dan pada hari jumaat lepas, saya ambil adik di Senai Airport dan tiba tiba saya terfikir untuk menaiki kapal terbang. Apa salahnya mencuba perkara baru kan?
Buka saja web MAS www.malaysiaairlines.com.my kemudian boleh pilih terus tarikh dan masa perjalanan. Ada pilihan samada kita nak beli tiket sehala atau dua hala. Biasa nya lagi mudah 2 hala kan?
Paling penting anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, atau Cimbclicks. Ada 2 jenis bank lagi tapi saya lupa apa.heheheh. Dan ketika urusan pembayaran online ni buat saya marah marah la juga. Sebab nya, error setelah 5 minit menunggu. 2 kali kena macam tu. Akhirnya saya telefon terus MAS call centre. Maaf la kalau saya katakan malam tadi saya tunggu hampir 15 minit semata mata nak bercakap dengan operator telefon tu( person in cahrge tu di panggil operator ke?). Harap harap MAS upgrade sikit perkhimatan call centre ni, sebab 15 minit satu jangka masa yang agak lama. Operator tu beritahu mungkin sebab saya guna google chrome, jadi dia cadangkan guna internet explorer sahaja. Akhirnya, berjaya!
Dan setelah selesai urusan, electronic ticket akan di hantar ke email anda. Cetak surat tersebut dan tunjukkan di kaunter check-in. Betulkah?
Hari Selasa ni saya akan cerita pula ye pengalaman saya kali pertama ' terbang di awan'. tapi saya musykil, mana mana nak check in sebab tak de tiket. Perlu ke saya ambil tiket di kaunter tiket dan baru ke kaunter check in? hmmmmmmmmmmmmm................
Thursday, 4 October 2012
Eh? Kucing tidur juga di waktu malam?
Siapa kata waktu malam kucing pergi berburu ????hahahha... kucing juga tidur di waktu malam. lagi lagi kalau malam yang sejuk dan hujan turun lebat. sama macam manusia.
Tapi kalau kucing tgh tidur dan tiba2 korang bangun pegi minum air kat dapur, berani kerat jari la (hahahhaha) kuicng tu pun akan bangun ikut pegi dapur.
Kalau bahasa cover atau bahasa sopan -> saya teman tuan saya minum air.malam kan gelap ni.
Kalau bahasa tersurat dan tersirat -.tuan tak de ke ikan lebih makan malam tadi.ayam goreng ke?
kalau tak percaya tenung mata kucing tu. Mesti dia pandang tepat anak mata kita.Menggoda mintak makan..heheheh...
p/s- atas ni gambar kucing yang paling saya sayang tapi dah hilang..orang kata kalau kucimh ekor bentuk L bawa tuah @ ong. Betul ke??????

Kenapa dengan Bajet 2013? unik?
kenapa BAJET 2013 yang menjadi pilihan saya untuk dijadikan entri?
saya cukup tersentuh melihat komen-komen dari banyak pihak berkenaan pembentangan bajet ini. dan sebenarnya saya tak sempat pun nak tengok sessi pembentangan tu, sebab tengah bawa kereta mengharungi kesesakan jalanraya.biasa la pukul 5 petang, jalan kat hutan jek kot yang tak jam.
2 perkara yang menarik minat saya.
1)Rebat smartphone RM 200- pada saya macam tak releven la.sbb bg saya(ni bagi saya k, si tua yang dah tak maju sgt dgn teknologi sekarang) smartphone ni kehendak, bukan keperluan. dalam situasi zaman sekarang , smartphone takkan mengurangkan beban rakyat. yang paling tak syok nanti ada yg merengek-rengek kat family minta di belikan smartphone dengan alasan ada rebat.bagi saya tetap mahal lagi.lain la bagi rebat rm1000 ke...hehheheh...
2) diskaun PTPTN - wa, yang ini saya terlibat.dan saya suka perkara ini dilaksanakan.kalau kerajaan dah bagi diskaun macam ni pun masih berdolak dalik lagi tak nak bayar, mmg jenis kayu lakot..tak pun jenis getah..liat semacam jek nak bayar hutang..harus di ingat, segala jenis hutang, hukumnya WAJIB di bayar...di ulangi anak anak..wajib.....
dan saya ketawa bila orang awam marah marah tentang bonus kakitangan awam. sedih.masih ada yang nak mengaitkan isu ini dgn parti politik..saya rasa baru beberapa tahun kebelakangan ni saja kakitangan awam dapat bbonus..yang dulu dulu , org bekerja swasta dapat bonus , org kakitangan awam tgk je...
tak perlu marah marah.sebab kalau kita marah marah pun kakitangan awam dapat jugak bonus.maka berdoa la moga Allah murahkan rezeki dapat kelebihan di tempat lain.

salam pertama dari saya-> tulip tepi bandar
Selamat malam. Mungkin masih ada yang belum tidur. Ini entri pertama saya.hmmm..tak tau la kenapa tiba-tiba saya boleh buka akaun blogger ni.Apapun , apa saja yang bakal di tulis dan di kongsi kan untuk entri entri seterusnya merupakan pandangan peribadi saya. bagaimanapun oleh kerana saya dulu bercita cita menjadi seorg pelukis tapi akhirnya saya jd engineering person. selalu berborak dgn kawan-kawan sampai ada seseorg kata " celotehmu aku suka membaca nye" ..itu lah sebenarnya detik permulaan .
Oleh kerana saya seorang yang 'pemalu' maka saya guna dahulu gambar rama-rama ni ye.mana datangnye gambar rama rama ni? cuba teka. dari ......................... ehehheheh
kenapa pilih nama tulip?sebab saya sgt sukakan bunga tulip.suatu masa nanti saya akan petik tulip dr tangkainya.
menetap di sebuah kawasan pinggiran bandar dan saya berasal dari sebuah perkampungan jauh nun di ceruk pendalaman.pendalaman la jugak sebab 7km dari jalan besar.
insya Allah, nanti lama kelamaan, kita akan saling mengenali.

Subscribe to:
Posts (Atom)