"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Tuesday, 30 October 2012

Panggilan Telefon yang Menyakitkan Hati dari TM

2 minggu lepas, saya dapat panggilan rasmi (????) dari wakil Telekom Malaysia. Dia menyatakan saya ada bill tertunggak sejak sekian lama. Dari akaun internet. Dulu kan orang pakai internet yang dial-up tu. Pakai line sama dengan telefon rumah. Tu kes masa masa baru abis belajar dulu. Lebih kurang 7 tahun lepas.
Bila tiba-tiba orang TM call cakap saya ada bayaran tertunggak, memang la saya pening.Bila pulak? Yang ada kat rumah abah tu dah lama dah terminate sejak saya bawa komputer tu ke kampus masa semester akhir. Banyak kali juga diorang telefon. Memang nak jadi cerita , minggu-minggu tersebut memang minggu yang pening( tu sampai keluar entry Pengurusan Stress hahhaha).
Kali terakhir dapat panggilan telefon dari wakil TM , saya memang sangat sakit hati okeh. Hutang saya dengan TM tu dalam RM 70 ke RM 80 .But the way he speak to me is too much ok.
Saya tanya terus di mana kaunter/pejabat/one stop centre TM yang terdekat dengan tempat saya tinggal. Sebab saya nak pergi la terus. Asyik call banyak kali macam saya lari hutang. Dan En Yusof Yang Budiman ( yess....saya saja tulis nama dia sebab saya tau blog saya ni tak glamour mana..hahah) cakap pada saya, " itu saya tak tahu lah, bukan kat tempat saya, awak cari sendiri"
Kemudian dia siap pesan, nanti dah buat termination fax kan surat tu dengan perkataan 'Attention to Mr Yusof'. Maklum la dia kata staff dia ramai.
Gosh, manusia berlagak dari zaman mana dia ni? Dia ingat saya keje pencuci tandas ke? Macam dia sorang je ada anak buah, ada staff bawahan. Dan kalau saya ni pencuci tandas pun, bukankah semua manusia ni perlu di hormati????
Saya rasa dalam zaman sekarang ni semakin ramai manusia yang berlagak dengan pangkat yang tak tera  mana. Kita bercakap kat telefon tak nampak muka, tak tau orang tu kerja apa, pendidikan setakat mana, jadi adalah lebih baik kita tak meninggi diri. Buat malu je, kita terlebih -lebih sedangkan orang tu lagi hebat dari kita.
Memang saya marah. Sebab saya rasa dia sangat-sangat berlagak. Kalau pengurusan TM tahu, tolong ajar staff TM  adab sopan Lebih-lebih lagi yang 'front desk'. Memalukan. Sekarang ni banyak lagi syarikat lain yang tawarkan perkhidmatan yang jauh lagi baik dari TM. Kalau staff TM tak tahu adab sopan, lagi bosan la pelanggan dan pengguna.
Sampai sekarang saya belum uruskan lagi. Bukan saya sengaja, tapi memang tak sempat. Nak cari pejabat TM lagi. adoiiii.. Masalah nya yang saya jumpa pejabat TM tu yang tu urusan teknikal, yang uruskan penutupan akaun  kat mana ye?????Aduh..sengsara hidup ni kena kejar dari telefon.


*Ini adalah pandangan peribadi saya  yang mana tidak mencerminkan keseluruhan pengurusan TM.Saya berharap pihak pengurusan TM boleh melabur sedikit untuk menghantar staff front desk ke taklimat atau kursus yang dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan TM.

Thursday, 25 October 2012

AidilAdha, Apa Maknanya?

Selamat hari raya AidilAdha. esok raya korban. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman.
Waktu-waktu begini lah kita dapat berjumpa dengan saudara mara dan kenalan lama. Tak kisah la samada raya puasa atau raya haji, memang syahdu rasanya kalau terpaksa berhari raya tanpa mak ayah dan kaum keluarga. Kadang-kadang tuntutan masa dan kerja melebihi tuntutan berhari raya.
Bagi saya, ketupat atau rendang tak penting pada pagi raya. Kalau dapat balik kampung jumpa mak ayah, itu dah lebih dari cukup. Ada atau tidak ketupat bukan perkara utama. Dapat salam , cium tangan mak ayah lagi penting.
Sebab juadah raya tu, bila-bila masa boleh makan. Tapi mak ayah, kalau tiba-tiba Tuhan ambil mereka, raya tahun-tahun berikutnya dah tak sama lagi. Tak dapat salam tangan mereka, tak dapat peluk cium mereka.
Alhamdullilah, sehingga kini saya masih punya mak ayah. Semakin saya berusia, semakin sayu perasaan saya setiap kali hari raya. Saya selalu takut kehilangan mereka, takut Tuhan ambil mereka.
Jadi apakah maknanya AidilAdha pada kita semua? Ketupat, rendang, lemang? Atau korban itu maknanya pengorbanan kita untuk mak ayah kita, untuk saudara seagama kita? atau apa maknanya?

Friday, 19 October 2012

Jadilah Manusia yang Bertimbangrasa

Mengapa saya katakan begitu? Kisah ini trejadi bulan september hari tu. Oleh kerana suami ada di rumah maka saya mengambil keputusan untk makan tengahhari di rumah. Lauknya dah siap saya masak pagi-pagi lepas Subuh. Bila saya sampai depan pagar rumah saya dengar bunyi raungan kecil dan saya memang sangat-sangat pasti itu bukan 4 ekor miau-miau ( bak kata tulip boy yang tak tahu panggil kucing lagi).
La, Tengok-tengok ada anak anjing tersepit tepi almari barang-barang hardware saya kat garaj kereta.  Sangat kasihan. Saya dan suami cuba nak tarik perhatian dia keluar tapi memamg tak boleh. Agaknya dalam hati anak anjing tu "macam mana saya nak keluar tuan rumah? badan tersepit ni.".hehehhe...
Panggil jiran selang 5 pintu yang berbangsa Iban, dia takut anjing pulak. Suami suruh saya tarik almari tu. Saya??? Oh tidak..... Dia la...dia kan lelaki...
Tapi sebab dah kesian tengok dia meraung-raung, tarik almari perlahan-lahan, baru boleh anak anjing tu keluar. Tengok tepi badan dia ada kesan calar. Pastu anjing tu tak nak keluar dari garaj saya. Sekali lagi Oh Tidak!!!!!!!!!!! Dia kejar makanan miau-miau saya.. Lapar rupanya. Bila dah makan, lagi la tak nak  keluar kan.
Akhirnya terpaksa la saya panggil skuad tambahan dari pejabat. Salah seorang boss saya berbangsa Cina. Thank U Mr S..hikhik.. Sebelum boss sampai saya bagi anak anjing tu makan kenyang kenyang. Saya cuma cakap dalam hati, makan la kenyang-kenyang. Mak kau tak ade. Lepas ni pandai-pandai la nak hidup. Aku tak boleh bela kau.
Suami cakap, rumah dah bau binatang ni, anak anjing pun datang mintak makan ye..hahahha.. Memang selalu pun kucing-kucing lain tumpang makan. Tapi kucing kan. saya biar jek la. Apa la jadi kat anak anjing tu sekarang.
Bila kita jumpa haiwan-haiwan terbiar ni, jangan la kita bersikap kejam. Ada manusia ni, kucing pun dia benci. Busuk katanya. Dunia ni Allah pinjamkan pada kita untuk kita tadbir sebaiknya.  Maka kalau kita punya kelebihan maka berkongsi la sedikit dengan orang lain ataupun dengan makhluk Allah yang lain. Kalau nampak peminta sedekah ataupun orang minta derma yang kita tak tahu betul atau tidak, sekurang-kurangnya jangan berkata kasar. Cakap elok-elok bahawa kita tak nak. Macam tu jugak dengan binatang. Jangan sepak, tendang dan buang sesuka hati. Kan setiap rezeki yang kita dapat, memamg telah tertulis sebahagian kecil dari nye untuk di kongsi dengan yang lain?

Pengurusan Stress

Minggu yang memenatkan. Sangat penat my dear. Minggu lepas hilang 3 hari dari pejabat(termasuk kiraan cuti travelling day), maka in tray yang dah memang setimbun dah jadi 2 timbun.
Saya yang masih merangkak-rangkak siapkan proposal berkejar kejaran nak siapkan kerja. Bulan lepas punya la lapang sebab proposal yang masuk tu ada yang tak lengkap data, tak ada pelan, tak ada skala. Bulan ni? sekali datang ....wa......pitam mak..heheheh
dan tiba tiba pagi rabu hari tu mak call bagitau dia dan abah, kedua-duanya tak boleh bangun. Macam kena pusing kepala la. Saya dah la memang jenis kelam kabut.kelam kelibut, kelam apa apa lagi lah yang sewaktu dengan nya. Dan natijahnya, sewaktu mesyuarat bahagian, saya nangis. Sebab saya sangat stress -> badan penat asyik berkerja buat lawatan tapak, siapkan proposal, kerja kerja rumah, dapat mak abah tak sihat, dan kena bambu(bukan buluh bamboo tu okey...hehehhe) masa meeting.
4 tahun bekerja di syarikat ni, saya tak pernah menangis walaupun saya kena lagi teruk dari ini. Bagi saya menangis semasa mesyuarat adalah memalukan dan menjatuhkan ego saya.
Apa yang berlaku mengingatkan saya pada taklimat stress yang saya hadiri di PJ minggu lepas. Di sini saya kongsikan beberapa tips dan sedikit nasihat dari En Zainorin Ali ( penceramah jemputan)
Dalam hidup ini ada 2 jenis stress. Pertamanya Stress di tempat kerja dan kedua Stress sosial.  Antara punca stress  ialah apabila kita mengjadapi keadaan berikut -> hilang upaya kerana penyakit dan kecederaan, hilang kepercayaan boss, masalah disiplin, masalah kekeluargaan seperti dalam proses penceraian dan hidup berasingan, kematian pasangan ataupun ahli keluarga terdekat, masalah kesihatan  ahli keluarga, masalah kewangan dan beberapa lagi yang saya sudah ingat-ingat lupa( asyik lupa..apa yang kamu ingat wahai tulip???)
Bila dalam keadaan-keadaan tersebut, adalah sanagt penting sokongan orang di sekeliling kita dan cara kita sendiri menguruskan stress tersebut. Mendapat bantuan pakar adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah stress. Pakar yang di maksudkan di sini seperti pakar psikiatri. Bukan bernaksud kita gila. Mentaliti masyarakat Malaysia menganggap berjumpa pakar psikiatri menunjukkan org tersebut mempunyai masalah mental. Sebenarnya tidak!
Bila berjumpa dengan orang yang sepatut nya walaupun tidak di deskripsi dengan sebarang ubat, namun sessi bual bicara tu sedikit sebanyak dapat membantu melegakan beban di kepala.
paling penting  " STRESS ADALAH SESUATU YANG PERLU DI URUSKAN BUKAN DI HAPUSKAN".
Dalam konteks saya, takkan la saya nak jumpa psikiatri kan? So jalan terbaik adalah menguruskan stress tersebut adalah dengan Saya membuka sedikit ruang dalam diri saya untuk bercerita tentang perkara-perkara yang merunsingkan saya(termasuk beberapa perkara yang amat sensitif untuk saya nyatakan di ruangan ini) kepada beberapa org rakan yang amat amat saya percayai. Dan sedikit nasihat dari mereka membantu saya membuat keputusan yang betul.  Sebab saya rasa kalau saya tidak menguruskan perkara ini, saya perlu menghapuskan punca  stress tersebut. Takkan la saya nak hapuskan boss saya..hahahahha..bukan daun yang boleh di buang-buang...
Sebab tu sebahagian orang yang tidak menguruskan stress dengan betul akhirnya mengambil tindakan luar jangkaan seperti membunuh diri ( untuk orang Islam, jangan di lakukan....), membunuh orang lain(menghapuskan punca stress???hehhehe), berhenti kerja 24 jam ataupun paling tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang negara dan syarikat.
Dalam hidup ini, memang akan ada masalah sentiasa. Cuma ada ketika nya, bila masalah datang bertimpa-timpa, itu yang menyebabkan kita mengalami stress yang melampau.  Tangani stress dengan cara yang paling bijak dan dapatkan la bantuan sekiranye perlu.




pssss-> ketika menulis entry ini saya terpaksa bersengkang mata menjaga little tulip yang tiba-tiba demam.Tuam@jerlum badan little tulip sambil menaip entry. Esok ada lawatan tapak di nun di hujung dunia, Pengerang. ehheheheh..Ini semua dugaan, mak abah ada di sini masih tak sihat. Anak demam. Semoga dugaan ini memberikan satu kesan positif dalam hidup saya. Dan minggu depan saya ada course di Kajang selama 3 hari. Itu juga antara punca stress saya sebab saya bertungkus lumus siapkan proposal urgent sebelum ke Kajang minggu hadapan. Hotel pun sampai lupa nak book. Residence Hotel , please reserve 1 room for me. hehehhe

Saturday, 13 October 2012

Pengalaman Menaiki Penerbangan MAS dr JHB ke KUL

Kali pertama naik kapal terbang...hmmmm..sangat mengujakan..hahaha..ketawa sebab rasa macam si jakun.lebih kurang la.pagi tu bertolak dari rumah pukul 5.30 pagi (setelah berpeluk-peluk nak meninggalkan little tulip & tulip boy kat rumah pengasuh). Sampai je di Open Car Park, dah 'spoiled' mood. Palang parking tak terangkat!!!!! Gosh, sangat geram dan saya kan kelam kabut.kali pertama katakan.masa tu baru pukul 6.05 pagi.dekat 15 minit jugak tunggu adik metro parking datang menyelamatkan keadaan.
Lepas parking kereta saya terus ke kaunter check in .kaunter ni kalau kamu masuk dari pintu yang sebelah kiri ada kedai diamond, terus je melangkaui pejabat mas kat sebelah kiri tu.ada tempat check in beg.
Pergi ke kaunter, bagi kad pengenalan dan cik adik manis kat kaunter akan cetak boarding pass. Dan saya nampak okeh yang cik adik manis tu macam nak ketawa bila saya kata  " this is my 1st time with MAS"..hahahahha.... Tak payah tunjuk pun e-ticket tu rupanya.
Kalau sesiapa yang beli tiket 2 hala, boleh je ambil sekali boarding pass untuk perjalanan balik. Jadi nanti kat KLIA tak perlu check in lagi..Mudah dan cepat.
Keluar dari kaunter check in pergi ke sebelah kiri , akan nampak tempat untuk ke balai menunggu. Bagi je boarding pass tu pada pegawai yang bertugas. Jangan lupa letak semua barang-barang dalam tempat scanning termasuk handphone. Selesai dan terus ikut je papan tanda arah dan pastikan gate mana untuk kita pergi. Kalau kat Senai Airport , tak de istilah  A, B ,C dan seterus nya. Cuma akan tulis G1, G2, G3........... Tunggu la kat kerusi tu sampai ada pengumuman untuk menaiki kapal.Kalau terlebih rajin, tunggu betul-betul sebelah kaunter tu.confirm orang akan tau yang kita ni kali pertama.hahhah..Berbeza dengan KLIA sebab di KLIA menggunakan sistem ABCD dan juga nombor macam A1, A2...
Bila dah ada atas kapal tu, jangan salah duduk..tengok nombor tempat duduk dan sila tengok betul betul kedudukan kerusi, samada tepi tingkap atau tepi laluan. Tapi sampai sekarang ni, saya takut salah duduk je. sebab saya tengok uncle korporat(heheheh) sebelah saya ni asyik jeling-jeling saya dengan tengok tiket dia. Pakai tali pinggang keselamatan. Dan selamat berlepas.
Bila dah sampai kat KLIA nanti, satu hal lagi nak cari pintu keluar. Jauh kemain. Ikut je papan tanda tulis Balai Ketibaan/ Arrival Hall. Terus cari Limo ke Petaling Jaya. Dari KLIA - PJ bayarannya RM 64.20. Bagi orang yang kali pertama naik flight ni, lagi senang naik Limo je.Memang mahal sikit tapi bagi saya sangat berbaloi.


cerita kelakar skit-> Bila dah selamat mendarat di KLIA dengan bengang nya saya tanya pada uncle korporat tu macam mana nak tanggalkan tali pinggang keselamatan tu..hahahha.sangat memalukan okeh.serius tak tau nak letak muka mana. Selalu seat belt keretakan kita tekan.tapi rupanya kalau dalam flight ni kena tarik besi tu 180darjah ye nak bagi boleh tanggal..hahahha..ketawa lagi kalau ingat.

Special thanks to -> Bro Ari (Pemandu LIMO Airport) sebab bawa saya jalan jalan ke Putrajaya dan sempat saya rakam beberapa keping gambar. Nanti saya kongsikan di entri yang lain. Dan bro ari mmg 1st class la.sapa sapa yang nak guna perkhimatan dia,boleh la PM saya.nanti saya bagi no  contact dia. 

Sunday, 7 October 2012

Pengalaman Pertama Kali Menempah Tiket MAS Secara Online?

Memikirkan masa perjalanan antara JB ke Petaling Jaya memakan masa hampir 4 jam membuatkan saya memilih untuk 'terbang' kali ini. Ya, 4 jam untuk saya yang tidak berapa mahir dengan keadaan jalan selepas susur keluar Tol Sg Besi.

tunjuk e-ticket ni je ke?????????????


Taklimat berkaitan kerja cuma sehari dan memang tak berbaloi kepenatan saya nak bawa kereta seorang diri seawal jam 4 pagi. Dan pada hari jumaat lepas, saya ambil adik di Senai Airport dan tiba tiba saya terfikir untuk menaiki kapal terbang. Apa salahnya mencuba perkara baru kan?
Buka saja web MAS www.malaysiaairlines.com.my kemudian boleh pilih terus tarikh dan masa perjalanan. Ada pilihan samada kita nak beli tiket sehala atau dua hala. Biasa nya lagi mudah 2 hala kan? 
Paling penting anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, atau Cimbclicks. Ada 2 jenis bank lagi tapi saya lupa apa.heheheh. Dan ketika urusan pembayaran online ni buat saya marah marah la juga. Sebab nya, error setelah 5 minit menunggu. 2 kali kena macam tu. Akhirnya saya telefon terus MAS call centre. Maaf la kalau saya katakan malam tadi saya tunggu hampir 15 minit semata mata nak bercakap dengan operator telefon tu( person in cahrge tu di panggil operator ke?). Harap harap MAS upgrade sikit perkhimatan call centre ni, sebab 15 minit satu jangka masa yang agak lama. Operator tu beritahu mungkin sebab saya guna google chrome, jadi dia cadangkan guna internet explorer sahaja. Akhirnya, berjaya!
Dan setelah selesai urusan, electronic ticket akan di hantar ke email anda. Cetak surat tersebut dan tunjukkan di kaunter check-in. Betulkah?
Hari Selasa ni saya akan cerita pula ye pengalaman saya kali pertama ' terbang di awan'. tapi saya musykil, mana mana nak check in sebab tak de tiket. Perlu ke saya ambil tiket di kaunter tiket dan baru ke kaunter check in? hmmmmmmmmmmmmm................

Thursday, 4 October 2012

Eh? Kucing tidur juga di waktu malam?

Siapa kata waktu malam kucing pergi berburu ????hahahha... kucing juga tidur di waktu malam. lagi lagi kalau malam yang sejuk dan hujan turun lebat. sama macam manusia.
Tapi kalau kucing tgh tidur dan tiba2 korang bangun pegi minum air kat dapur, berani kerat jari la (hahahhaha) kuicng tu pun akan bangun ikut pegi dapur.
Kalau bahasa cover atau bahasa sopan -> saya teman tuan saya minum air.malam kan gelap ni.
Kalau bahasa tersurat dan tersirat -.tuan tak de ke ikan lebih makan malam tadi.ayam goreng ke?

kalau tak percaya tenung mata kucing tu. Mesti dia pandang tepat anak mata kita.Menggoda mintak makan..heheheh...

p/s- atas ni gambar kucing yang paling saya sayang tapi dah hilang..orang kata kalau kucimh ekor bentuk L  bawa tuah @ ong. Betul ke??????

Kenapa dengan Bajet 2013? unik?

kenapa BAJET 2013 yang menjadi pilihan saya untuk dijadikan entri?

saya cukup tersentuh melihat komen-komen dari banyak pihak berkenaan pembentangan bajet ini. dan sebenarnya saya tak sempat pun nak tengok sessi pembentangan tu, sebab tengah bawa kereta mengharungi kesesakan jalanraya.biasa la pukul 5 petang, jalan kat hutan jek kot yang tak jam.

2 perkara yang menarik minat saya.
1)Rebat smartphone RM 200- pada saya macam tak releven la.sbb bg saya(ni bagi saya k, si tua yang dah tak maju sgt dgn teknologi sekarang)  smartphone ni kehendak, bukan keperluan. dalam situasi zaman sekarang , smartphone takkan mengurangkan beban rakyat. yang paling tak syok nanti ada yg merengek-rengek kat family minta di belikan smartphone dengan alasan ada rebat.bagi saya tetap mahal lagi.lain la bagi rebat rm1000 ke...hehheheh...
2) diskaun PTPTN - wa, yang ini saya terlibat.dan saya suka perkara ini dilaksanakan.kalau kerajaan dah bagi diskaun macam ni pun masih berdolak dalik lagi tak nak bayar, mmg jenis kayu lakot..tak pun jenis getah..liat semacam jek nak bayar hutang..harus di ingat, segala jenis hutang, hukumnya WAJIB di bayar...di ulangi anak anak..wajib.....


dan saya ketawa bila orang awam marah marah tentang bonus kakitangan awam. sedih.masih ada yang nak mengaitkan isu ini dgn parti  politik..saya rasa baru beberapa tahun kebelakangan ni saja kakitangan awam dapat bbonus..yang dulu dulu , org bekerja swasta dapat bonus , org kakitangan awam tgk je...

tak perlu marah marah.sebab kalau kita marah marah pun kakitangan awam dapat jugak bonus.maka  berdoa la moga Allah murahkan rezeki dapat kelebihan di tempat lain.

salam pertama dari saya-> tulip tepi bandar

Selamat malam. Mungkin masih ada yang belum tidur. Ini entri pertama saya.hmmm..tak tau la kenapa tiba-tiba saya boleh buka akaun blogger ni.Apapun , apa saja yang bakal di tulis dan di kongsi kan untuk entri entri seterusnya merupakan pandangan peribadi saya. bagaimanapun oleh kerana saya dulu bercita cita menjadi seorg pelukis tapi akhirnya saya jd engineering person. selalu berborak dgn kawan-kawan sampai ada seseorg kata " celotehmu aku suka membaca nye" ..itu lah sebenarnya detik permulaan .
Oleh kerana saya seorang yang 'pemalu' maka saya guna dahulu gambar rama-rama ni ye.mana datangnye gambar rama rama ni? cuba teka. dari ......................... ehehheheh
kenapa pilih nama tulip?sebab saya sgt sukakan bunga tulip.suatu masa nanti saya akan petik tulip dr tangkainya.
menetap di sebuah kawasan pinggiran bandar dan saya berasal dari sebuah perkampungan jauh nun di ceruk pendalaman.pendalaman la jugak sebab 7km dari jalan besar.
insya Allah, nanti lama kelamaan, kita akan saling mengenali.