Tak mahal juga bayaran masuk ke zoo. Bagi orang dewasa RM10/entry. Kanak-kanak pula RM 5/ entry. Dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh dapat separuh harga tau. Tunjuk aje kad pengenalan. Berbanding dengan Zoo Johor, Zoo Melaka is much better than Zoo Johor.
Tapi kali ni saya nak kongsi sedikit gambar ketika menaiki 'Melaka Cruise'. Melaka Cruise ni merupakan tarikan terbaru bagi negeri Melaka. Telah beroperasi kira-kira 3 tahun yang lalu.
Bayaran menaiki Melaka Cruise ni RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau naik malam hari lagi cantik pemandangan sebab lampu kat sepanjang sungai tu memang merelip la orang kata lagi-lagi kat Kampung Morten tu.
Untuk info, ada 2 jeti naik, Kitorang duk terpusing-pusing cari entrance yang pernah guna sebelum ni. Rupa-rupanya kat depan dataran berhampiran kapal besar tu ada jugak tempat nak naik bot.
Jom la kita layan gambar sepanjang dari Jeti 1 ke Jeti 2. Cakap lebih-lebih pun orang memang dah tau keindahan Melaka.
Gambar ni lain dari yang lain sebab semasa lawatan saya 2 tahun yang lalu, belum di cat begini.
:gambar orang melayu yang lama(sangat menyentuh hati)
:kuih bahulu tu kan????
:kuih bulan??????
:nampak macam english style kan? siapa sangka lot kedai biasa akhirnya bertukar ke kafe dan bajet hotel yang cantik di sepanjang sungai ni.
:restoren cheng ho ni restoren amy search tu ke?
: Jeti No 1 -berhampiran muzium kapal tu.
:apakah ini? tapi ni la turning point kalau naik dr jeti no 2
:Kg Morten di sebelah kiri. Betulkah kerajaan negeri Melaka support bayaran bill elektrik penduduk sepanjang sungai ni?
:ada monorail, jangan tak sangka.tapi di sebahagian sungai ni je la.
:Jeti No 2, tempat kitorang naik.
No comments:
Post a Comment