"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Sunday, 30 December 2012

D.I.Y : Sambal Ayam Penyet

Hari ni saya masak nasi ayam penyet, Saya suka makan ayam penyet sebab rasa sambal tu memang superb sangat. Sambal ayam penyet ni bukan sambal belacan biasa tau. Kalau awak-awak semua makan ayam penyet yang di hidangkan dengan sambal belacan biasa, maknanya awak makan ayam sambal belacan....hahahha. Bukan sambal ayam penyet la.. tokey kedai tu ngengada nak juga jual ayam penyet yang memang tengah in sekarang ni.

Resepi ni sangat mudah. Saya bukan full time house wife jadi konfem le saya akan kongsikan satu perkara tu yang mudah dan cepat disediakan bagi ibu-ibu berkerjaya.

Bahan-bahan bagi sambal ayam penyet :-

1) Cili merah 10 biji
2) Cili padi 5 biji ( kalau suka pedas letak lebih ye)
3) bawang merah 5 biji
4) ikan bilis 1 genggam ( ni kalau nak rasa lemak ikan lebih, bubuh le banyak sikit)
5) Belacan ( agak- agak sebesar duit 50 sen tu ha)
6) Tomata 2 - 3 biji
7) 1 sudu gula merah

Cara nak buat sambal ayam penyet:-

1) Gorengkan ikan bilis dan belacan. Angkat dan asingkan.
2) Gorengkan bawang, cili padi dan cili merah. Bawang tu lebih elok di potong. tak nipis pun tak pe.
3) Kalau bahan - bahan tadi dah layu, masukkan tomato yang dah di potong dadu. gaul rata.
4) Bila tomato dah mula layu, angkat semua.
5) Kisar semua bahan.
6) Dah halus semua bahan, masak balik semua atas api dan boleh letak gula merah.
7) Kalau tak de gula merah boleh letak gula pasir biasa. tapi rasa nya tak superb sangat macam gula merah la. Kuantiti gula ni bergantung pada lidah anda la (hahahah). Kalau suka manis sikit, letak lebih. Tapi kalau dah manis, macam bukan sambal pulak kan?
8) Tada...............siap boleh makan..nyam ....nyam..


Ni sedikit petua dari kawan saya yang memang kaki masak. Kalau nak buat ayam penyet tu, ayam nye belah 4 je. Rebus dalam 5-10 minit. Angkat dan ketuk-ketuk skit kat bahagian daging, tulang. Gaul dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng. Lepas goreng baru potong kecik-kecik.

Kenapa kita ketuk lepas rebus baru goreng? sebab tu yang buat daging ayam tu rasa rangup sebab daging nya dah hancur skit-skit.

Cuba la...Ayam penyet dan sambal ayam penyet ni sedap tau. Lepas tu sambal tu awak boleh simpan dalam peti sejuk kalau tak abis. Nak makan, panaskan aje...

Kita Yang Takut dengan Pencuri???

Beberapa hari yang lalu, masa balik dari kerja, hujan renyai-renyai la. Lepas amik si kecik 2 orang ni, terus bergegas nak balik. Tiba-tiba nampak 2 orang manusia ni tengah panjat pokok pelam orang dan amik pelam tu.
Amik tu consider curik la kan. saya berani cakap curi sebab beberapa hari sebelum ni babysitter anak-anak ada cakap yang pelam depan rumah dia abis di petik orang. hmmm.. macam ni punya manusia pun ada kan?

Sebulan yang lepas pun, di rumah sendiri berlaku kejadian sedih, Motor suami yang baru mencapai jangka hayat 8 bulan ( seusia dengan little tulip tu) di curi orang. Sedih, Bangun nak pergi kerja, tengok tinggal helmet je kat garaj tu.

Pencuri tu potong pagar hijau tepi rumah. Elok je diorg angkut motor tu sampai kami tak dengar apa-apa. Perasaan? Susah nak cakap sebab benda tak sangka. Apapun kami sekeluarga bersyukur sebab dia tak apa-apakan kami atau masuk dalam ruamh.

Beberapa ketika selepas tu, ada 2 buah rumah lagi yang kena. salah sebuah rumah tu di masuki pencuri waktu tengah malam ketika tuan rumah tengah tidur.

Masa kejadian ini berlaku pada  keluarga kami, perasaan marah memang ada, Sampaikan rasa nak tempah bunting dan tulis "KEPADA SESIAPA YANG MENCURI MOTOR KAMI, KAMI DOAKAN KAMU MATI DALAM KEADAAN YANG PALING MEMALUKAN" dan tampal depan pagar rumah.

Apa yang saya ingin tekankan di sini bila kejadian macam ni berlaku, kita nak buat apa pun tak boleh. Kita hanya mampu bersabar, bersabar dan bersabar. Secara lawaknya apabila saya menyatakan hasrat nak pasang bunting , ramai yang menegur mengatakan tak baik buat macam tu, patut bersyukur sebab kita selamat.

Apakah hak kita sebagai mangsa keadaan? Kalau kita buat sesuatu orang kata nanti orang tu datang balik dan buat lagi teruk dari dahulu. dari dia cuma ambil harta kita, mungkin lepas ni dia datang amik nyawa dan maruah kita. Kita yang takut dengan pencuri ke? Kenapa perlu kita takut dengan pencuri?

entahlah, susah saya nk nyatakan. sedikit sebanyak saya rasa terkilan dengan tanggapan begitu. Kerana apa yang saya rasakan selepas kejadian itu, rasa tidak selamat, rasa trauma sampai satu ketika saya rasa nak tidur malam pun takut. Perasaan takut, perasaan rasa ada orang nak ceroboh rumah kita memang tak boleh buang. Mana nak ganti perasaan tu? Rasa tidak selamat  dan takut di rumah sendiri. Memang saya teringat pada coretan Wardina dalam blog nya ketika rumahnya di masuki pencuri.

Ya Allah, lindungi lah keluarga kami.

Saturday, 29 December 2012

DIY : Jahit Cadar Single Fitted

Hari ni saya rasa nak kongsi pada sesiapa yang ada baca blog ni (terutama perempuan la) cara nak jahit cadar single fitted.. maksud single fiteed tu cadar untuk katil bujang yang ada getah,

ni contoh saya buat untuk my little son. beli kain(hahahhaha,,,). 
kain angry biard yang saya pilih ni jenis bidang besar. yang bidang besar ni boleh muat untuk katil queen tu ha. beli 2 1/4  meter je dah cukup.

basic ukuran  -> 46 inc x 91 inc (macam kat bawah ni...sila abaikan kucing yang selamber je dia baring kat cadar saya nih). ukuran ni sama je untuk semua jenis cadar single fitted.



kat gambar atas ada nampak kan kain di potong? kain ni kena potong kat hujung nya 5 inc x 5 inc.



pastu cantumkan kedua-dua hujung yang di potong tadi, kemudian jahit!



kelim keliling cadar tu..sebelum terlupa, kena la jahit getah kat tempat yang kita potong tadi. Saya guna 10 inc panjang getah. so , fitted la sikit.


tada!!!!!!!! Siap dah cadar single fitted saya. Senang je nak buat. boleh pilih corak apa kita nak.warna apa. dan kos buat tam smpi rm30 pun. Yang penting saya hepi sebab dah tunaikan janji nak jahitkan kain cadar single fitted ni untuk si abang.

Lepas ni saya akan cerita pulak macam mana nak jahit nursing cover. saya buat simple je pakai pashmina. next time ye. Kalau dah berjaya jahit cadar single fitted  ni, jangan lupa bgtau saya ye..

Wednesday, 12 December 2012

Kejadian Yang Selalu Kita Lihat Ketika Jalan 'Jammed'

Minggu lepas saya ada kursus 3 hari di Kulaijaya. Jadi 3 hari menempuh perjalanan yang jauh. Minggu ni pula 2 hari ke Kempas untuk taklimat tentang pelaksaan prosedur kerja yang baru. Bila menempuh perjalanan yang jauh, macam macam ragam pemandu kenderaan dan orang-orang sekeliling kita dapt lihat kan.

Kali ni saya nak kongsi tentang ragam manusia ni kalau jalan jammed.


:tensen je bila masuk susur dah nampak kete berderet kat depan!

1) Masa ni la kereta yang bukan 4wheel drive pun laju je lalu kat emergency lane yang kadang-kadang2 berlubang.
2) akan jumpa pemandu yang dah la jalan jam, dia boleh pulak leka dan bawa kete slow sangat sampai kereta dari lorong lain himpit masuk lorong kita.
3) kalau yang bawa motor, memang akan bunyikan hon motor bertalu-talu. Sebagai isyarat kot -> jangan kau mengada-ngada nak tukar lorong wahai kereta. tak nampak ke aku bawa motor kat tengah lorong ni ha?? hahhahah..
4) ni paling kelakar kot bagi saya(sebab saya akan ketawa sorang-sorang dalam kereta tau). kalau jalan 2 atau 3 lane jadi 1 lane, kereta akan berpusu-pusu kan nak masuk 1 lorong tu. kalau perasan la akan ada kereta tu memang dia tak bagi kita 'cilok' masuk.siap terus tekan minyak kuat-kuat. diorang tak paham konsep zig zag ke saya yang tak paham???? kan ke kalau dah lorong lain tutup kena la bagi zig zag kenderaan lorong lain tu masukkan kan? tak paham..tak paham dengan orang macam ni.

:kereta waja ni memang tak bagi langsung kenderaan lain masuk..hahhah..memang saya ketawa sampai keluar air mata td sebab saya kesian pada orang yang punya mentaliti 'ah, kau lambat kau belakang'.

:dah tau dah kenapa jam ( kes minggu lepas di skudai)