Beberapa hari yang lalu, masa balik dari kerja, hujan renyai-renyai la. Lepas amik si kecik 2 orang ni, terus bergegas nak balik. Tiba-tiba nampak 2 orang manusia ni tengah panjat pokok pelam orang dan amik pelam tu.
Amik tu consider curik la kan. saya berani cakap curi sebab beberapa hari sebelum ni babysitter anak-anak ada cakap yang pelam depan rumah dia abis di petik orang. hmmm.. macam ni punya manusia pun ada kan?
Sebulan yang lepas pun, di rumah sendiri berlaku kejadian sedih, Motor suami yang baru mencapai jangka hayat 8 bulan ( seusia dengan little tulip tu) di curi orang. Sedih, Bangun nak pergi kerja, tengok tinggal helmet je kat garaj tu.
Pencuri tu potong pagar hijau tepi rumah. Elok je diorg angkut motor tu sampai kami tak dengar apa-apa. Perasaan? Susah nak cakap sebab benda tak sangka. Apapun kami sekeluarga bersyukur sebab dia tak apa-apakan kami atau masuk dalam ruamh.
Beberapa ketika selepas tu, ada 2 buah rumah lagi yang kena. salah sebuah rumah tu di masuki pencuri waktu tengah malam ketika tuan rumah tengah tidur.
Masa kejadian ini berlaku pada keluarga kami, perasaan marah memang ada, Sampaikan rasa nak tempah bunting dan tulis "KEPADA SESIAPA YANG MENCURI MOTOR KAMI, KAMI DOAKAN KAMU MATI DALAM KEADAAN YANG PALING MEMALUKAN" dan tampal depan pagar rumah.
Apa yang saya ingin tekankan di sini bila kejadian macam ni berlaku, kita nak buat apa pun tak boleh. Kita hanya mampu bersabar, bersabar dan bersabar. Secara lawaknya apabila saya menyatakan hasrat nak pasang bunting , ramai yang menegur mengatakan tak baik buat macam tu, patut bersyukur sebab kita selamat.
Apakah hak kita sebagai mangsa keadaan? Kalau kita buat sesuatu orang kata nanti orang tu datang balik dan buat lagi teruk dari dahulu. dari dia cuma ambil harta kita, mungkin lepas ni dia datang amik nyawa dan maruah kita. Kita yang takut dengan pencuri ke? Kenapa perlu kita takut dengan pencuri?
entahlah, susah saya nk nyatakan. sedikit sebanyak saya rasa terkilan dengan tanggapan begitu. Kerana apa yang saya rasakan selepas kejadian itu, rasa tidak selamat, rasa trauma sampai satu ketika saya rasa nak tidur malam pun takut. Perasaan takut, perasaan rasa ada orang nak ceroboh rumah kita memang tak boleh buang. Mana nak ganti perasaan tu? Rasa tidak selamat dan takut di rumah sendiri. Memang saya teringat pada coretan Wardina dalam blog nya ketika rumahnya di masuki pencuri.
Ya Allah, lindungi lah keluarga kami.
Blue Titanium - Tithon, Australia | Tithon, Australia
ReplyDeleteBlue Titanium. We're the world's snow peak titanium flask leading manufacturer of aluminium schick quattro titanium precision nano titanium flat iron wheels with titanium build the latest patented Blue titanium technology that delivers exceptional €3.95 westcott scissors titanium · Out of stock