"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Saturday, 29 December 2012

DIY : Jahit Cadar Single Fitted

Hari ni saya rasa nak kongsi pada sesiapa yang ada baca blog ni (terutama perempuan la) cara nak jahit cadar single fitted.. maksud single fiteed tu cadar untuk katil bujang yang ada getah,

ni contoh saya buat untuk my little son. beli kain(hahahhaha,,,). 
kain angry biard yang saya pilih ni jenis bidang besar. yang bidang besar ni boleh muat untuk katil queen tu ha. beli 2 1/4  meter je dah cukup.

basic ukuran  -> 46 inc x 91 inc (macam kat bawah ni...sila abaikan kucing yang selamber je dia baring kat cadar saya nih). ukuran ni sama je untuk semua jenis cadar single fitted.



kat gambar atas ada nampak kan kain di potong? kain ni kena potong kat hujung nya 5 inc x 5 inc.



pastu cantumkan kedua-dua hujung yang di potong tadi, kemudian jahit!



kelim keliling cadar tu..sebelum terlupa, kena la jahit getah kat tempat yang kita potong tadi. Saya guna 10 inc panjang getah. so , fitted la sikit.


tada!!!!!!!! Siap dah cadar single fitted saya. Senang je nak buat. boleh pilih corak apa kita nak.warna apa. dan kos buat tam smpi rm30 pun. Yang penting saya hepi sebab dah tunaikan janji nak jahitkan kain cadar single fitted ni untuk si abang.

Lepas ni saya akan cerita pulak macam mana nak jahit nursing cover. saya buat simple je pakai pashmina. next time ye. Kalau dah berjaya jahit cadar single fitted  ni, jangan lupa bgtau saya ye..

4 comments:

  1. wow...nak buat jugak la....save bajet kannn

    ReplyDelete
  2. kak, kain ni bidang berapa ye? sy cdg nk buat cadar queen. tuk cadar queen, berapa meter? tq :)

    ReplyDelete
  3. Thanks akak... sgt2 mmbntu sy jhit cdar sndri...hehe

    ReplyDelete