Lepas parking kereta saya terus ke kaunter check in .kaunter ni kalau kamu masuk dari pintu yang sebelah kiri ada kedai diamond, terus je melangkaui pejabat mas kat sebelah kiri tu.ada tempat check in beg.
Pergi ke kaunter, bagi kad pengenalan dan cik adik manis kat kaunter akan cetak boarding pass. Dan saya nampak okeh yang cik adik manis tu macam nak ketawa bila saya kata " this is my 1st time with MAS"..hahahahha.... Tak payah tunjuk pun e-ticket tu rupanya.
Kalau sesiapa yang beli tiket 2 hala, boleh je ambil sekali boarding pass untuk perjalanan balik. Jadi nanti kat KLIA tak perlu check in lagi..Mudah dan cepat.
Keluar dari kaunter check in pergi ke sebelah kiri , akan nampak tempat untuk ke balai menunggu. Bagi je boarding pass tu pada pegawai yang bertugas. Jangan lupa letak semua barang-barang dalam tempat scanning termasuk handphone. Selesai dan terus ikut je papan tanda arah dan pastikan gate mana untuk kita pergi. Kalau kat Senai Airport , tak de istilah A, B ,C dan seterus nya. Cuma akan tulis G1, G2, G3........... Tunggu la kat kerusi tu sampai ada pengumuman untuk menaiki kapal.Kalau terlebih rajin, tunggu betul-betul sebelah kaunter tu.confirm orang akan tau yang kita ni kali pertama.hahhah..Berbeza dengan KLIA sebab di KLIA menggunakan sistem ABCD dan juga nombor macam A1, A2...
Bila dah ada atas kapal tu, jangan salah duduk..tengok nombor tempat duduk dan sila tengok betul betul kedudukan kerusi, samada tepi tingkap atau tepi laluan. Tapi sampai sekarang ni, saya takut salah duduk je. sebab saya tengok uncle korporat(heheheh) sebelah saya ni asyik jeling-jeling saya dengan tengok tiket dia. Pakai tali pinggang keselamatan. Dan selamat berlepas.
Bila dah sampai kat KLIA nanti, satu hal lagi nak cari pintu keluar. Jauh kemain. Ikut je papan tanda tulis Balai Ketibaan/ Arrival Hall. Terus cari Limo ke Petaling Jaya. Dari KLIA - PJ bayarannya RM 64.20. Bagi orang yang kali pertama naik flight ni, lagi senang naik Limo je.Memang mahal sikit tapi bagi saya sangat berbaloi.
cerita kelakar skit-> Bila dah selamat mendarat di KLIA dengan bengang nya saya tanya pada uncle korporat tu macam mana nak tanggalkan tali pinggang keselamatan tu..hahahha.sangat memalukan okeh.serius tak tau nak letak muka mana. Selalu seat belt keretakan kita tekan.tapi rupanya kalau dalam flight ni kena tarik besi tu 180darjah ye nak bagi boleh tanggal..hahahha..ketawa lagi kalau ingat.
Special thanks to -> Bro Ari (Pemandu LIMO Airport) sebab bawa saya jalan jalan ke Putrajaya dan sempat saya rakam beberapa keping gambar. Nanti saya kongsikan di entri yang lain. Dan bro ari mmg 1st class la.sapa sapa yang nak guna perkhimatan dia,boleh la PM saya.nanti saya bagi no contact dia.
No comments:
Post a Comment