"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Friday, 19 October 2012

Jadilah Manusia yang Bertimbangrasa

Mengapa saya katakan begitu? Kisah ini trejadi bulan september hari tu. Oleh kerana suami ada di rumah maka saya mengambil keputusan untk makan tengahhari di rumah. Lauknya dah siap saya masak pagi-pagi lepas Subuh. Bila saya sampai depan pagar rumah saya dengar bunyi raungan kecil dan saya memang sangat-sangat pasti itu bukan 4 ekor miau-miau ( bak kata tulip boy yang tak tahu panggil kucing lagi).
La, Tengok-tengok ada anak anjing tersepit tepi almari barang-barang hardware saya kat garaj kereta.  Sangat kasihan. Saya dan suami cuba nak tarik perhatian dia keluar tapi memamg tak boleh. Agaknya dalam hati anak anjing tu "macam mana saya nak keluar tuan rumah? badan tersepit ni.".hehehhe...
Panggil jiran selang 5 pintu yang berbangsa Iban, dia takut anjing pulak. Suami suruh saya tarik almari tu. Saya??? Oh tidak..... Dia la...dia kan lelaki...
Tapi sebab dah kesian tengok dia meraung-raung, tarik almari perlahan-lahan, baru boleh anak anjing tu keluar. Tengok tepi badan dia ada kesan calar. Pastu anjing tu tak nak keluar dari garaj saya. Sekali lagi Oh Tidak!!!!!!!!!!! Dia kejar makanan miau-miau saya.. Lapar rupanya. Bila dah makan, lagi la tak nak  keluar kan.
Akhirnya terpaksa la saya panggil skuad tambahan dari pejabat. Salah seorang boss saya berbangsa Cina. Thank U Mr S..hikhik.. Sebelum boss sampai saya bagi anak anjing tu makan kenyang kenyang. Saya cuma cakap dalam hati, makan la kenyang-kenyang. Mak kau tak ade. Lepas ni pandai-pandai la nak hidup. Aku tak boleh bela kau.
Suami cakap, rumah dah bau binatang ni, anak anjing pun datang mintak makan ye..hahahha.. Memang selalu pun kucing-kucing lain tumpang makan. Tapi kucing kan. saya biar jek la. Apa la jadi kat anak anjing tu sekarang.
Bila kita jumpa haiwan-haiwan terbiar ni, jangan la kita bersikap kejam. Ada manusia ni, kucing pun dia benci. Busuk katanya. Dunia ni Allah pinjamkan pada kita untuk kita tadbir sebaiknya.  Maka kalau kita punya kelebihan maka berkongsi la sedikit dengan orang lain ataupun dengan makhluk Allah yang lain. Kalau nampak peminta sedekah ataupun orang minta derma yang kita tak tahu betul atau tidak, sekurang-kurangnya jangan berkata kasar. Cakap elok-elok bahawa kita tak nak. Macam tu jugak dengan binatang. Jangan sepak, tendang dan buang sesuka hati. Kan setiap rezeki yang kita dapat, memamg telah tertulis sebahagian kecil dari nye untuk di kongsi dengan yang lain?

No comments:

Post a Comment