"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Tuesday, 30 October 2012

Panggilan Telefon yang Menyakitkan Hati dari TM

2 minggu lepas, saya dapat panggilan rasmi (????) dari wakil Telekom Malaysia. Dia menyatakan saya ada bill tertunggak sejak sekian lama. Dari akaun internet. Dulu kan orang pakai internet yang dial-up tu. Pakai line sama dengan telefon rumah. Tu kes masa masa baru abis belajar dulu. Lebih kurang 7 tahun lepas.
Bila tiba-tiba orang TM call cakap saya ada bayaran tertunggak, memang la saya pening.Bila pulak? Yang ada kat rumah abah tu dah lama dah terminate sejak saya bawa komputer tu ke kampus masa semester akhir. Banyak kali juga diorang telefon. Memang nak jadi cerita , minggu-minggu tersebut memang minggu yang pening( tu sampai keluar entry Pengurusan Stress hahhaha).
Kali terakhir dapat panggilan telefon dari wakil TM , saya memang sangat sakit hati okeh. Hutang saya dengan TM tu dalam RM 70 ke RM 80 .But the way he speak to me is too much ok.
Saya tanya terus di mana kaunter/pejabat/one stop centre TM yang terdekat dengan tempat saya tinggal. Sebab saya nak pergi la terus. Asyik call banyak kali macam saya lari hutang. Dan En Yusof Yang Budiman ( yess....saya saja tulis nama dia sebab saya tau blog saya ni tak glamour mana..hahah) cakap pada saya, " itu saya tak tahu lah, bukan kat tempat saya, awak cari sendiri"
Kemudian dia siap pesan, nanti dah buat termination fax kan surat tu dengan perkataan 'Attention to Mr Yusof'. Maklum la dia kata staff dia ramai.
Gosh, manusia berlagak dari zaman mana dia ni? Dia ingat saya keje pencuci tandas ke? Macam dia sorang je ada anak buah, ada staff bawahan. Dan kalau saya ni pencuci tandas pun, bukankah semua manusia ni perlu di hormati????
Saya rasa dalam zaman sekarang ni semakin ramai manusia yang berlagak dengan pangkat yang tak tera  mana. Kita bercakap kat telefon tak nampak muka, tak tau orang tu kerja apa, pendidikan setakat mana, jadi adalah lebih baik kita tak meninggi diri. Buat malu je, kita terlebih -lebih sedangkan orang tu lagi hebat dari kita.
Memang saya marah. Sebab saya rasa dia sangat-sangat berlagak. Kalau pengurusan TM tahu, tolong ajar staff TM  adab sopan Lebih-lebih lagi yang 'front desk'. Memalukan. Sekarang ni banyak lagi syarikat lain yang tawarkan perkhidmatan yang jauh lagi baik dari TM. Kalau staff TM tak tahu adab sopan, lagi bosan la pelanggan dan pengguna.
Sampai sekarang saya belum uruskan lagi. Bukan saya sengaja, tapi memang tak sempat. Nak cari pejabat TM lagi. adoiiii.. Masalah nya yang saya jumpa pejabat TM tu yang tu urusan teknikal, yang uruskan penutupan akaun  kat mana ye?????Aduh..sengsara hidup ni kena kejar dari telefon.


*Ini adalah pandangan peribadi saya  yang mana tidak mencerminkan keseluruhan pengurusan TM.Saya berharap pihak pengurusan TM boleh melabur sedikit untuk menghantar staff front desk ke taklimat atau kursus yang dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan TM.

No comments:

Post a Comment