"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Sunday, 7 October 2012

Pengalaman Pertama Kali Menempah Tiket MAS Secara Online?

Memikirkan masa perjalanan antara JB ke Petaling Jaya memakan masa hampir 4 jam membuatkan saya memilih untuk 'terbang' kali ini. Ya, 4 jam untuk saya yang tidak berapa mahir dengan keadaan jalan selepas susur keluar Tol Sg Besi.

tunjuk e-ticket ni je ke?????????????


Taklimat berkaitan kerja cuma sehari dan memang tak berbaloi kepenatan saya nak bawa kereta seorang diri seawal jam 4 pagi. Dan pada hari jumaat lepas, saya ambil adik di Senai Airport dan tiba tiba saya terfikir untuk menaiki kapal terbang. Apa salahnya mencuba perkara baru kan?
Buka saja web MAS www.malaysiaairlines.com.my kemudian boleh pilih terus tarikh dan masa perjalanan. Ada pilihan samada kita nak beli tiket sehala atau dua hala. Biasa nya lagi mudah 2 hala kan? 
Paling penting anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, atau Cimbclicks. Ada 2 jenis bank lagi tapi saya lupa apa.heheheh. Dan ketika urusan pembayaran online ni buat saya marah marah la juga. Sebab nya, error setelah 5 minit menunggu. 2 kali kena macam tu. Akhirnya saya telefon terus MAS call centre. Maaf la kalau saya katakan malam tadi saya tunggu hampir 15 minit semata mata nak bercakap dengan operator telefon tu( person in cahrge tu di panggil operator ke?). Harap harap MAS upgrade sikit perkhimatan call centre ni, sebab 15 minit satu jangka masa yang agak lama. Operator tu beritahu mungkin sebab saya guna google chrome, jadi dia cadangkan guna internet explorer sahaja. Akhirnya, berjaya!
Dan setelah selesai urusan, electronic ticket akan di hantar ke email anda. Cetak surat tersebut dan tunjukkan di kaunter check-in. Betulkah?
Hari Selasa ni saya akan cerita pula ye pengalaman saya kali pertama ' terbang di awan'. tapi saya musykil, mana mana nak check in sebab tak de tiket. Perlu ke saya ambil tiket di kaunter tiket dan baru ke kaunter check in? hmmmmmmmmmmmmm................

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete