"satu masa nanti akan ku petik kamu dengan jari jemari ku ini"

Friday, 19 October 2012

Pengurusan Stress

Minggu yang memenatkan. Sangat penat my dear. Minggu lepas hilang 3 hari dari pejabat(termasuk kiraan cuti travelling day), maka in tray yang dah memang setimbun dah jadi 2 timbun.
Saya yang masih merangkak-rangkak siapkan proposal berkejar kejaran nak siapkan kerja. Bulan lepas punya la lapang sebab proposal yang masuk tu ada yang tak lengkap data, tak ada pelan, tak ada skala. Bulan ni? sekali datang ....wa......pitam mak..heheheh
dan tiba tiba pagi rabu hari tu mak call bagitau dia dan abah, kedua-duanya tak boleh bangun. Macam kena pusing kepala la. Saya dah la memang jenis kelam kabut.kelam kelibut, kelam apa apa lagi lah yang sewaktu dengan nya. Dan natijahnya, sewaktu mesyuarat bahagian, saya nangis. Sebab saya sangat stress -> badan penat asyik berkerja buat lawatan tapak, siapkan proposal, kerja kerja rumah, dapat mak abah tak sihat, dan kena bambu(bukan buluh bamboo tu okey...hehehhe) masa meeting.
4 tahun bekerja di syarikat ni, saya tak pernah menangis walaupun saya kena lagi teruk dari ini. Bagi saya menangis semasa mesyuarat adalah memalukan dan menjatuhkan ego saya.
Apa yang berlaku mengingatkan saya pada taklimat stress yang saya hadiri di PJ minggu lepas. Di sini saya kongsikan beberapa tips dan sedikit nasihat dari En Zainorin Ali ( penceramah jemputan)
Dalam hidup ini ada 2 jenis stress. Pertamanya Stress di tempat kerja dan kedua Stress sosial.  Antara punca stress  ialah apabila kita mengjadapi keadaan berikut -> hilang upaya kerana penyakit dan kecederaan, hilang kepercayaan boss, masalah disiplin, masalah kekeluargaan seperti dalam proses penceraian dan hidup berasingan, kematian pasangan ataupun ahli keluarga terdekat, masalah kesihatan  ahli keluarga, masalah kewangan dan beberapa lagi yang saya sudah ingat-ingat lupa( asyik lupa..apa yang kamu ingat wahai tulip???)
Bila dalam keadaan-keadaan tersebut, adalah sanagt penting sokongan orang di sekeliling kita dan cara kita sendiri menguruskan stress tersebut. Mendapat bantuan pakar adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah stress. Pakar yang di maksudkan di sini seperti pakar psikiatri. Bukan bernaksud kita gila. Mentaliti masyarakat Malaysia menganggap berjumpa pakar psikiatri menunjukkan org tersebut mempunyai masalah mental. Sebenarnya tidak!
Bila berjumpa dengan orang yang sepatut nya walaupun tidak di deskripsi dengan sebarang ubat, namun sessi bual bicara tu sedikit sebanyak dapat membantu melegakan beban di kepala.
paling penting  " STRESS ADALAH SESUATU YANG PERLU DI URUSKAN BUKAN DI HAPUSKAN".
Dalam konteks saya, takkan la saya nak jumpa psikiatri kan? So jalan terbaik adalah menguruskan stress tersebut adalah dengan Saya membuka sedikit ruang dalam diri saya untuk bercerita tentang perkara-perkara yang merunsingkan saya(termasuk beberapa perkara yang amat sensitif untuk saya nyatakan di ruangan ini) kepada beberapa org rakan yang amat amat saya percayai. Dan sedikit nasihat dari mereka membantu saya membuat keputusan yang betul.  Sebab saya rasa kalau saya tidak menguruskan perkara ini, saya perlu menghapuskan punca  stress tersebut. Takkan la saya nak hapuskan boss saya..hahahahha..bukan daun yang boleh di buang-buang...
Sebab tu sebahagian orang yang tidak menguruskan stress dengan betul akhirnya mengambil tindakan luar jangkaan seperti membunuh diri ( untuk orang Islam, jangan di lakukan....), membunuh orang lain(menghapuskan punca stress???hehhehe), berhenti kerja 24 jam ataupun paling tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang negara dan syarikat.
Dalam hidup ini, memang akan ada masalah sentiasa. Cuma ada ketika nya, bila masalah datang bertimpa-timpa, itu yang menyebabkan kita mengalami stress yang melampau.  Tangani stress dengan cara yang paling bijak dan dapatkan la bantuan sekiranye perlu.




pssss-> ketika menulis entry ini saya terpaksa bersengkang mata menjaga little tulip yang tiba-tiba demam.Tuam@jerlum badan little tulip sambil menaip entry. Esok ada lawatan tapak di nun di hujung dunia, Pengerang. ehheheheh..Ini semua dugaan, mak abah ada di sini masih tak sihat. Anak demam. Semoga dugaan ini memberikan satu kesan positif dalam hidup saya. Dan minggu depan saya ada course di Kajang selama 3 hari. Itu juga antara punca stress saya sebab saya bertungkus lumus siapkan proposal urgent sebelum ke Kajang minggu hadapan. Hotel pun sampai lupa nak book. Residence Hotel , please reserve 1 room for me. hehehhe

1 comment: